Sabtu, 10 Disember 2011

SEJARAH KEMUNCULAN WANG


Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi.
Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.